
Sulit
3 tahun
Kebas tangan,sakit belikat bahagian kiri
hi doc sy wanita usia 35thn doc dlm seminggu ni tapak tangan kiri saya rasa kebas sebelum ni saya ada masalah sakit belikat kiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu kebas tangan dan sakit belikat kiri. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome (himpitan saraf di pergelangan tangan)
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Manakala gejala sakit belikat yang boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang - akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Kecederaan tulang belakang - akibat mengangkat benda berat atau kecederaan ketika bersukan
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
Anda boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda menilai dengan lebih lanjut keadaan yang dialami sekarang.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.