filda

5 tahun

Kebelakangan ni saya rasa lemah

Salam doktor, saya umur 40 tahun, saya selama ni takde sakit apa-apa. Cuma kebelakangan ni saya rasa lemah, mudah marah, sakit kepala, pening-pening. Darah tinggi ke ni?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Mengikut simptom-simptom yang disenaraikan oleh encik, besar kemungkinan ia adalah darah tinggi. Walaubagaimanapun, encik disarankan untuk mendapat rawatan menyeluruh di klinik/hospital. Ujian darah tinggi adalah ujian paling mudah & tidak menyakitkan untuk mengenal pasti bacaan darah tinggi encik di tahap normal atau tinggi.

Di sini saya akan menerangkan beberapa maklumat mengenai darah tinggi. Darah tinggi adalah penyakit di mana bacaan darah tinggi melebihi 120/80. 120 (atas) merujuk kepada tekanan didalam pembuluh darah ketika jantung mengepam darah, manakala 80 (bawah) merujuk kepada tekanan di dalam pembuluh darah diantara 1 pam dan pam yang seterusnya.

Darah tinggi sering dikaitkan dengan penyakit orang berusia. Walaubagaimanapun, kajian terkini mendapati orang muda juga boleh mendapat penyakit ini berikutan gaya hidup yang tidak sihat seperti obesiti, merokok dan tidak aktif.

Begitu ramai pesakit darah tinggi yang muda mengabaikan rawatan sehinggalah ia membawa kesan komplikasi yang serius, walhal dalam usia yang muda ini lah potensi untuk mengawal darah tinggi sangat tinggi dan memberangsangkan. Dengan mengawal berat badan, berhenti merokok dan gaya hidup yang sihat, dapat membendung darah tinggi dari terus menjadi lebih teruk.

Simptom-simptom darah tinggi berbeza mengikut individu. Kebanyakan akan mengadu pening kepala, sesak nafas, hidung berdarah, perasaan kepala berpusing, sakit dada, perubahan visual/pandangan dan darah di dalam air kencing.

Sekiranya encik mengalami simptom-simptom ini, encik disarankan mendapat bantuan dengan segera. Darah tinggi yang tidak dikawal boleh membawa kepada komplikasi yang serius. Antaranya kegagalan buah pinggang, kerosakan mata, sakit jantung, stroke/angin ahmar dan lain-lain.

Encik boleh membeli mesin pembaca tekanan darah di mana-mana farmasi, dan boleh menyemak bacaan encik setiap bulan. Ini adalah usaha yang disarankan bagi mengawal penyakit ini dari menjadi lebih teruk.

Sekiranya bacaan terlalu tinggi, pihak doctor akan memberi preskripsi ubat bagi membantu menurunkan tekanan darah encik. Saya harap info ini dapat membantu encik.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)