
Sulit
4 tahun
Keberkesanan Pil Pencegah Kehamilan Oralcon
Assalamualaikum Doktor,
Saya baru sahaja mengambil pil perancang oralcon pada hari pertama selepas tamat haid. Pil tersebut diambil pada jam 10 pm 25 mac 2021. Pada keesokan paginya saya dan suami melakukan hubungan intim dan suami melepaskan air maninya kedalam. Persoalan saya adakah pil tersebut dapat memberi kesan dalam tempoh 11 jam. Dan sekiranya saya masih meneruskan pengambilan seperti biasa adakah ianya akan memberi kesan keatas jika terdapat kehamilan yang berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang cara pengambilan ubat-ubatan. Untuk makluman anda, pil tersebut perlu dimakan pada hari pertama haid anda. Apa jua jenis pil yang anda ambil rujuk pek arahan pada kotak ubat terlebih dahulu untuk mengetahui cara pengambilannya dan ikut arahan tersebut. Satu papan pil ini mengandungi 21 biji tablet. Pada papannya, terdapat tanda hari pada setiap tablet, iaitu hari tablet harus dimakan. Tablet ini haruslah dimakan setiap hari pada waktu yang sama mengikut arah anak panah yang tertera pada papan. Selepas habis makan semua 21 biji tablet, janganlah membuka pek yang baru selama 7 hari. Dalam masa 7 hari tidak mengambil pil ini, anda mungkin mengalami haid atau pendarahan.
Sekiranya anda terlepas makan pil, ikut arahan pada pek untuk langkah yang perlu diambil. Sekiranya anda tidak datang haid dalam 7 hari rehat dari pil anda, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Dapatkan kepastian yang lebih terperinci mengenai keberkesanan ubat ini dengan mendapatkan perkidmatan dan nasihat daripada doktor pakar.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk maklumat lanjut. Terima kasih.