
Sulit
4 tahun
Keberkesanan suntikan depo
Salam sejahtera Dr, sy baru ambil suntikan depo bulan Ogos yg lepas. Tapi,pd bln 9 lepas sy telah alami pendarahan yg berpanjangan selama 20 hari. Dr telah menasihatkan sy utk menukar kaedah perancang lain spt pil. Adakah selepas berlaku nya pendarahan tersebut،suntikan tu masih berkesan utk tempoh 3 bulan? perlukah sy menukar perancang lain sblm 3 bulan? sy bersalin bulan Jun yg lalu secara caesar. Bahaya tak kalau sy hanya menggunakan kondom shja sbgai perancang?
terima kasih jawab soalan sy.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, suntikan tersebut masuk berkesan untuk tempoh 3 bulan, pendarahan yang anda alami adalah kesan sampingan suntikan depo provera.
Anda tak perlu menukar perancang sebelum 3 bulan, namun saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan waktu yang sesuai memulakan kaedah perancang yang lain. Kerana keberkesanan suntikan depo provera akan lama-kelamaan makin kurang.
Tidak bahaya untuk anda menggunakan kondom sebagai perancang dan sangat digalakkan untuk menggunakan kondom pada minggu pertama selepas suntikan dan pada 15 minggu dan keatas selepas suntikan pertama anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.