
mottady
5 tahun
Kebimbangan COVID-19
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr
Saya berusia 33 tahun. Disebabkan sekarang musim Covid-19, kebimbangan itu wujud jika berlakunya simptom2 berkait dengan virus ini.
Gejala yang berlaku :-
Sakit tekak : ada (dikesan bermula dlm 6 hari lepas)
Batuk : ada tapi jarang2 (kurang 2 kali sehari, sekadar untuk lepas geli di tekak)
Sesak nafas : tiada (cuma ada satu pagi rasa sedikit berat di dada, tapi dalam setengah jam camtu hilang bila dibuat sedikit regangan badan)
Demam : tiada
Sakit kepala / kelesuan : tiada
Sakit sendi : tiada
Sejarah ke luar negara : tiada
Kontak rapat bersama positif covid19 : tiada
Hilang selera / deria bau : tiada
Saya tinggal berdua bersama isteri di rumah. Namun isteri saya tidak menunjukkan sebarang gejala di atas, hanya saya sahaja.
Apakah pandangan Dr? Terima kasih untuk jwapan Dr nanti

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Gejala COVID-19 tidak spesifik kepada jangkitan virus ini sahaja. Terdapat pelbagai sakit saluran pernafasan yang boleh membawa gejala yang sama. Bagi masalah sakit tekak anda, ia boleh disebabkan oleh:
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini