
Sulit
3 tahun
Kebimbangan jangkitan hiv
Hai dr… hari ni 4/9 saya ada buat rapid test kit Hiv… n result +ve… Skrg apa saya patut buat? Adakah saya perlu menunggu 3-6 minggu lagi untuk buat ujian darah?? Adakah result rapid test tu betul2 tepat… saya terdedah dgn risiko jangkitan HIV sebulan yg lepas iaitu bulan 8…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda. jangkitan HIV boleh diteksi dengan menggunakan ujian rapid test kit. Hasil yang diperoleh melalui ujian rapid test kit HIV adalah tepat. Namun, dalam sesetengah kes, hasil yang diperoleh daripada rapid test kit tersebut boleh jadi tidak tepat disebabkan oleh alat yang digunakan telah rosak ataupun sampel yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain.
Oleh itu, untuk waktu ini, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.