
Sulit
4 tahun
Kebimbangan keputusan ujian
Saya pernah melanggan pelacur pada 2018 dan lakukan ujian rapid test hiv padan 2020. Result tersebut adalah negatif . boleh terima ke result tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, rapid test HIV hanyalah merupakan salah satu bentuk saringan HIV. Keputusan negatif tidak bermaksud anda bebas dari HIV kerana keputusan tersebut boleh memberikan keputusan false negative dan mungkin juga kandungan virus tersebut adalah terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian HIV pada masa anda lakukan ujian tersebut, jadi anda perlu melakukan ujian lain seperti viral load dan CD4 count untuk melihat status anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan terhadap anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.