
Sulit
4 tahun
Keboleh jangkitan covid
Adik saya positif covid dan sedang menjalani rawatan di hospital.Ahli keluarga yg lain yg tinggal serumah dengan adik telah dibawa ke pusat kurantin. Soalan saya adakah saya akan terdedah dijangkiti jika saya tinggal di rumah adik saya pada masa sekarang. Rumah telah disanitasi oleh kkm dan saya bukan kontak rapat adik dan ahli keluarga lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang COVID19.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya rumah anda betul betul telah disanitasi sepenuhnya, risiko untuk mendapat COVID19 adalah sangat rendah. Masih terdapat risiko sekiranya sanitasi tidak dilakukan dengan sempurna, tetapi ianya adalah sangat rendah.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini