
Sulit
5 tahun
Kecacingan orang dewasa
Sy berumur 27thun, baru hari ni sy perasan bila sy membuang air besar. Ada seekor cacing panjang keluar xbergerak. Masalah serius ke ni? Ape patut sy buat? Ada ke ubat yg patut sy ambil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami ini, sekiranya didatangi dengan gejala sakit perut, makan tidak kenyang ataupun turun berat badan, maka anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hal ini bagi memastikan sekiranya terdapat cacing dalam usus anda, maka ubat anti-cacing dapat diberikan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.