
starintheworld17
5 tahun
Kecederaan di kepala akibat kemalangan
Kawan saya seorg lelaki dan mengalami kemalangan motor. Akibat kemalangan itu beliau mengalami kecederaan di kepala. Sehingga 24jam kini masih tidak tahu keputusannya sebb scan pertama doktor kata kecederaan di kepala scan ke 2 kata di hidung dan ke 3 masih tunggu keputusan. .adakan potensi beliau memdapat kecederaan yg teruk. uNtuk pengentahuan beliau baru saja sedar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi teman anda. Akan tetapi agak sukar untuk saya menentukan darjah keparahan tanpa maklumat lanjut seperti gambaran scan, pemeriksaan fisik dan hasil lab pesakit. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor teman anda untuk menentukan arah rawatan teman anda.
Untuk mendapat keterangan lanjut tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih