lurvestyle
6 tahun
Kecing bernanah/siplis
Saya ada kawan yang terkena siplis…bagaimana nak dapat kn ubat antibiotik tanpa mendapat kan rawatan…kawan saya ni lelaki…dah puas saya pujuk pergi jumpa doktor…tapi dia tetap taknak…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, kami perlu memastikan kawan anda betul menghidap sifilis sebelum rawatan diberikan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































