
Sulit
4 tahun
Kedatangan haid lewat daripada jangkaan atas sebab yang tidak diketahui dan perlu penjelasan daripada pihak pakar kesihatan
Saya berumur 19 tahun, saya tidak pernah lakukan sexual intercourse bersama pasangan saya, namun kami pernah melakukan “foreplay” dengan ada sentuhan “direct” antara kemaluan kami, saya risau kerana haid saya bulan ini dah beberapa hari lewat dan masih belum period ketika saya menulis ini, berdasarkan pengiraan saya, sudah lebih 4-5 hari haid saya terlewat, saya telah melakukan urine pregnancy test namun keputusan nya negatif, saya juga telah memeriksa diri saya dengan simptom simptom kehamilan di internet, namun semuanya tiada. saya buntu dr, apa yang dapat saya lakukan? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa haid anda lewat memandangkan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.