
Anonymous
5 tahun
Kedatangan haid selama 2 hari sahaja
Saya berumur 39thn dan sudah berkahwin selama 19thn.nak telah mempunyai anak 3 org.setiap bulan period saya teratur ,period selama 6-7 hari setiap bulan.Pd bln nie saya period 2 hari sahaja dan period saya tidak banyak seperti bulan2 sebelum ini.Soalan saya adakah period sy ada masalah dan adakah boleh menyebabkan mengandung.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kitaran haid normal: 21-35 hari manakala tempoh datang haid normal: 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya anda mengambil perancangan keluarga, anda pada teorinya akan terlindung daripada kehamilan namun peluang untuk hamil masih ada lagi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.