
Sulit
4 tahun
Kegagalan zakar untuk kekal tegang dari waktu foreplay dan mengecut bila nak mula aksi bersetubuh dengan isteri
Saya umur 28thn dah baru2 je kawin. Saya ada isu dgn zakar saya keras time foreplay tapi bila nak start bersetubuh terus mengecut. Saya ada alami perubahan rutin harian dan kerap terjaga awal pagi. Adakah itu salah 1 punca dari masalah zakar saya. Dan adakan saya mengalami masalah mati pucuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, masalah mati pucuk adalah penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Antaranya ialah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Terdapat beberapa rawatan secara klinikal untuk merawat masalah ini. Tidak kurang juga, gaya hidup yang lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhenti merokok, diet yang lebih seimbang, menguruskan tekanan emosi dengan lebih baik serta mengelakkan aktiviti seksual yang tidak sihat membantu dalam merawat keadaan mati pucuk.
Setelah masalah ini selesai, nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah