xue.emir
6 tahun
Kegatalan bahagian vagina
Saya umur 40an berkhawin…saya mengalami kegatalan vagina sudah beberapa bulan yg biasa2, tapi 2 minggu lepas saya sudah tidak tahan dan berjumpa doktor swasta telah memberi sebiji ubat insert ke vagina, ubat antikulat, ubat antibiotik dan femine wash…tapi saya masih alami kegatalan yg mendatang2 terutama sebelah malam.
Sebelum tu bahagian atas vagina sy suka ditumbuhi jerawat.
Saya mmg sorng yg menjaga kebersihan diri.
Soalan sy kenapa saya masih tidak pulih selepas mkn ubat dan antibiotik yg diberi? Tq
6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
• Penggunaan estrogen secara ubat makan
• Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
• Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
• Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
• Menghidap penyakit kelamin
. Merupakan antara tanda -tanda menopause
Saya akan menasihati puan untuk menghabiskan ubatan yang diberi oleh doktor dahulu . Jikalaun masalah ini makin bertambah teruk sila berjumpa dengan doktor .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!


































