
Sulit
5 tahun
Kegatalan dan Cecair Berlebihan di Vagina
hi doctor. saya seorang perempuan, umur 27, baru berkahwin. saya ada masalah kegatalan di bahagian vulva dan keluar keputihan berwarna putih kekuningan daripa vagina. kadang2 berketul2, dan ada bau yg kurang menyenangkan.
kdang2 keluar cecair secara berlebihan, meleleh2 dan ada bau.
masalah nih start bila satu hari saya buang air kecil dan tak pastikan ‘tempat tuu’ kering betul2.
so lepas tuu saya cuba untuk elakkan benda tuu berlaku, saya always make sure dia kering dan betul2 bersih. dan masalah gatal dan ada discharge yg berlebihan tuu pon stop.9:55 AM
tp lately nih masalah sama tiba2 muncul. walaupon saya dah jaga betul2. seolah2 mcam ada lagi sisa2 yg tinggal kat dlam.
masa bersama dgn suami terasa sakit yg luar biasa. ketul2 putih tuu akan melekat kat alat kelamin suami saya.
pls advise ubat apa yg saya boleh ambik untuk selesaikan masalah gatal2 dan keluar cecair berlebihan drpda vagina tuu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Keputihan bukanlah satu penyakit malah ianya ialah gejala bagi penyakit tertentu. Sekiranya keputihan anda ialah keputihan patologi maka ia boleh menyebabkan period terganggu.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.