
salizakamarzaman
5 tahun
Kegatalan dan kemerahan di celang kangkang dan alat sulit
Sy wanita 46 thn mengalami kegatalan dibahagian celah kelangkang dan alat sulit. Pada asalnya sy mempunyai alergik, sering mengambil ubat zyrtec/loratadine dlm tempoh 2 thn. Sejak kebelakangan ini sy sudah kurang mengambil ubat berkenaan dan hanya menggunakan krim dlm tempoh yg agak lama jika berlaku kegatalan di kwsn itu. Masalahnya sudah 3 minggu rasa gatal tidak berkurangan malah kulit di celah kangkang semakin menipis, bertukar kemerahan dan timbul tompok2 merah di kwsn peha. Walaupun sy mengambil ubat alergik rasa gatal tidak berkurangan. Sy telah berjumpa dr, dan dinasihatkan tidak menggunakan krim yg ada steroid. Dia membekalkan sy krim zarin… Utk mengurangkan kesan fungus… Yg mungkin sudah menjangkiti area situ…mmg sy selalu menggaru… Mungkin sewaktu tidur menyebabkan susah sembuh. Sy telah menggunakan sabun sebamid atas nasihat dr utk mengurangkan kekeringan yg katanya menyebabkan kulit semakin kering dan nipis dan menambahkan rasa gatal. Masalahnya area kegatalan semakin merebak dan bertambah teruk. So apakah saranan krim yg sesuai utk merawat penyakit ini. Dr berkenaan ada mengatakan jika tidak sembuh dlm tempoh 2 minggu, sy kena kena ke klinik utk mendaptkan rawatan lain. Adakah sy boleh mengoles minyak zaitun di area yg gatal itu utk mengurangkan kekeringan? Adakah sy perlu stop guna krim zarin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, gejala utama yang terjadi yaitu gatal celah kangkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat masalah bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian
- candidiasis sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis masalah autoimun
Untuk pengetahuan anda, kondisi kulit anda yang kering juga mungkin menambah beratkan rasa gatal yang berlaku. Justeru, yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan keluhan gatal akibat kering adalah:
- Menggunakan sabun yang lembut ataupun sabun bayi. Elakkan sabun-sabun antibakterial yang mengeringkan
- Pastikan hidrasi anda baik dengan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari
- Sering menggunakan lotion untuk menjaga kelembapan kulit
- Jaga kebersihan kulit
- Gunakan baju dan pakaian dalam yang menyerap peluh
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.