
Sulit
4 tahun
Kegatalan dan nanah yg banyak di kemaluan
Saya wanita 20 an telah melakukan seks bersama pasangan tanpa kondom pada minggu lepas. Tiga hari yg lepas, lymph nodes saya mula bengkak di groin, malam sebelum tidur, kemaluan saya berasa sangat gatal dan saya telah menggaru sehingga luka. Pagi esoknya, sudah muncul seperti nanah yang amat sakit dan kini telah merebak sedikit. Lymph nodes bengkak juga bertambah. Saya ada demam, bila makan ubat, demam kebah. Kemaluan saya seperti mengeluarkan cecair cair seperti air berwarna kekuningan dan busuk seperti bau nanah. Saya tidak dapat duduk dan berjalan dengan selesa kerana kemaluan saya terasa amat sakit. Adakah ini petanda saya telah dijangkiti STI atau hanyalah disebabkan dari situasi saya menggaru kemaluan dgn kasar sehingga luka. Minta bantuan dan pandangan dari dr. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima Kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal, vagina terasa panas, dan pedih vagina? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
- Menopaus/pil atau suntikan kontrasepsi - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.