Anonymous
6 tahun
Kegatalan di bahagian bibir vagina
Hi doktor, sy seorg wanita yg berumur 27thun dan belum berkahwin dan saya mengalami masalah kegatalan di bibir vagina dan saya dapati ada kutil-kutil atau biji naik di permukaan bibir bahagian dalam… Pedih dan sakit bila kencing… Adakah saya terkena penyakit hpv? Apa faktor nya? Sedangkan saya tidak pernah melakukakan hubungan seks… Bagaimana untuk mengatasi nya? Terima kasih…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan bibir vagina boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Jerawat
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
Antara kaedah-kaedah yang boleh diambil anda untuk mengurangkan gejala ini ialah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































