
Sulit
4 tahun
Kegatalan di bahagian kemaluan dan punggung
saya remaja 19 tahun. For the past few months, saya telah mengalami kegatalan di kawasan punggung dan my private part. I thought it was just a normal reaction but as the day goes by, I noticed ada rashes di kawasan yang gatal tersebut. Rashes itu ada everytime saya period. So, adakah pemakaian tuala wanita yang menyebabkan kegatalan dan rashes tersebut
Soalan Teratas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah gatal yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Dari situasi yang anda berikan, berkemungkinan masalah yang anda hadapi adalah dermatitis disebabkan alahan dari tuala wanita seperti yang anda ajukan. Mungkin anda boleh menukar jenis tuala wanita anda. Selain itu amalakan kebersihan di kawasan tersebut dengan menukar tuala wanita dengan kerap.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.