
Sulit
3 tahun
Kegatalan di bahagian private part
Saya mengalami kegatalan dan naik bintik2 merah seperti gigitan semut di private part, kemudian doktor ada bagi sejenis ubat iaitu ‘Avezol’ dan antibiotik… saya baru mula mengambil ubat itu semalam, tapi tiada perubahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda di medium ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kerungsingan anda mengenai kegatalan pada kemaluan. Hal ini pastinya boleh mengganggu rutin harian jika dibiarkan tanpa rawatan yang tepat. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, antara punca gatal pada kemaluan adalah:
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Masalah kulit
- Jangkitan kulat
Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Ginekologi