
Sulit
4 tahun
Kegatalan di bahagian punggung
Hi, saya masih remaja berusia 18 tahun. Saya telah mengalami rashes yang agak teruk especially bilaa digaruu. At first, ia gatal pada bahagian punggung sahaja but lama kelamaan dia merebak ke seluruh badan. This happened when saya tukar pad saya ke brand yang lain and now my punggung dah ada rashes yang merah also bila digaru dia jadi lagi teruk. Boleh saya tahu apa yang patut saya lakukan untuk get rid of this itchiness?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kegatalan kulit atau rashes yang anda alami boleh disebabkan oleh alahan atau tindak balas kepada bahan atau “material” pad yang anda guna. Selain itu, masalah gatal kulit juga secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Langkah mudah yang boleh diambil pada masa sekarang ialah dengan tidak menggunakan pad berjenama yang mengakibatkan kegatalan anda. Anda juga boleh mandi air sejuk untuk meredakan ruam atau keradangan pada kulit anda sementara doktor memberikan rawatan yang lebih khusus mengikut diagnois yang diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah kegatalan kulit memerlukan pemerhatian dan pemeriksaan doktor. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar kulit mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.