Sulit
6 tahun
Kegatalan di bahagian vagina
Saya wanita berusia 27tahun, mengalami kegatalan pada sekitar bahagia vagina. Terdapat juga seakan ruam yang timbul apabila saya menggaru bahagian yang gatal tetapi tidak ada timbul seperti ulcer. Saya juga mengalami keputihan yang agak teruk terutamanya ketika terlalu penat. Adakah masalah kegatalan berpunca dari keputihan atau punca lain (i.e STI) seperti genital herpes kerana saya pernah melakukan seks tanpa perlindungan kira-kira 3 tahun lalu. Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan dan keputihan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin seperti trikomonas/klamidia
Beberapa langkah pencegahan boleh diambil anda seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































