
Sulit
3 tahun
Kegatalan kerana vaseline
Assalammualaikum Dr. Saya mengalami kegatalan semenjak semalam selepas menyapu vaseline di badan. Saya telah mandi dan Saya telah menggunakan econazine dan calamine lotion tapi gatal tersebut masih belum hilang. Apa boleh saya lakukan dr?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan terhadap bahan yang digunakan oleh losyen atau sabun
- Skabies
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Psoriasis
- Dermatitis
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Saya nasihatkan anda untuk ke klinik dengan segera dan saya sarankan anda untuk tidak menggunakan ubat tanpa mengetahui fungsinya kerana ia boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diingini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.