
Sulit
5 tahun
Kegatalan Kulit Kemaluan
Saya lelaki berumur 35 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah kegatalan pada kulit skrotum dan zakar yang dipercayai fungus. Saya menggunakan krim Univate untuk menghilangkan masalah kegatalan kulit, namun masalah ini kembali berulang.
Saya ingin mendapatkan nasihat untuk rawatan kekal untuk masalah ini.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kegatalan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Univate digunakan untuk merawat masalah seperti:
- Ekzema
- Psoriasis
- Dermatitis
Jangkitan kulat tidak dirawat dengan menggunakan Univate.
Walaubagaimanapun, memandangkan masalah anda masih berterusan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan laju bagi mengenalpasti masalah sebenar anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.