
Sulit
4 tahun
Kegatalan kulit pada badan dan kegatalan pada tapak kaki
Saya wanita berumur 20-an. Masalah yang saya hadapi adalah kegatalan pada kedua tapak kaki saya dimana ianya menjejaskan pergerakan saya,sebagai contoh saya alami kegatalan yang melampau dan ianya menyebabkan luka dan pedih di tapak kaki saya. Selain itu, saya juga mengalami bintik-bintik merah yang gatal di seluruh badan saya,dan ianya mengganggu saya. Saya sudah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan (kerajaan) doktor tersebut menyatakan saya mengalami FUNGAL INFECTION". Saya amat memerlukan penjelasan mengenai kegatalan yang saya alami ini, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala kegatalan pada kedua belah tapak kaki dan juga bintik-bintik merah pada seluruh badan. Gejala ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat atau Fungal Infection yang disebut oleh doktor anda.
Untuk makluman anda, jangkitan kulat boleh menjangkit bahagian kaki atas sebab kekurangan kebersihan atau kaki berpeluh ketika memakai kasut yang ketat. Antara nama jangkitan tersebut ialah:
- Tinea Pedis
- Candidiasis
- Tinea corporis
- Tinea cruris
- Tinea Versicolor
Antara ciri-ciri jangkitan kulat di atas secara khususnya ialah kulit bersisik, melecet, gatal, bengkak dan juga kemerahan. Kemungkinan gejala bintik-bintik pada badan anda boleh disebabkan oleh jangkitan kulat yang telah merebak ke bahagian badan yang lain. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah imun dalam badan yang telah dikompromi.
Sekiranya seseorang menghidap jangkitan kulat, dia boleh mengalami simptom-simptom tersebut:
- Bintik-bintik atau keruaman merah pada badan
- Keputihan dalam mulut atau lidah (Oral Thrush)
- Sakit sendi
- Demam
- Selesma atau hidung tersumbat
- Rasa penat dan keletihan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.