
huds1706
5 tahun
Kegatalan & lepuhan air di kawasan kemaluan
Saya mengalami kegatalan pada celah² peha kawasan kemaluan dan memanjang ke bahagian dubur. Pada mulanya kelihatan seperti biji² kecil, kemudian seperti lepuhan berisi air. Adakah ini herpes genital? Dan apa krim yang sesuai sebagai rawatan masalah ini? Atau adakah saya perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Ketuat di bahagian kemaluan: Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur
- Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes): Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan
- Sifilis :Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.