
Sulit
3 tahun
Kegatalan melampau di kemaluan
Saya wanita berusia 42 tahun. Saya mengalami kegatalan di bahagian faraj yang melampau diikuti dengan lelehan faraj yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Saya pernah mengambil tablet yg dimasukkan ke dalam faraj. Walaubagaimanapun, kegatalan hilang sekejap dan dalam 2 minggu saya mengalami semula kegatalan. Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Anda telah menerangkan tentang gejala gatal dan berbau. Kami akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Kegatalan dan bau pada kawasan kemaluan, boleh disebabkan penyakit seperti:
- bacterial vaginosis (ketidak seimbangan bakteria faraj)
- jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
- jangkitan transmisi seksual ( Sexually Transmitted Infection )
- radang pelvis ( Pelvic Inflammatory Disease )
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.