
Sulit
4 tahun
Kegatalan pada bahagian badan
saya pelajar lelaki berumur 17 tahun dan tinggal di asrama.Saya mengalami kegatalan pada kemaluan,pergelangan tangan,celah jari,pahadan abdomen.Kegatalanpada celah jari dan pergelangan tangan ada bintik merah dan kulit mengelupas.Pada abdomen,apbila digaru ia jadi kasar dan putih.Pada paha bintik merahdan gatal.Pada alat kemaluan,skrotumm ada benjolan2 dan kepala zakar sama.Apabila diletakkan hydrocortisone,benjolan pada bahagian kepala menjadi keruping kecil.di bahagian leher zakar juga ada benjolan.Apakahlangkah yang boleh dibuat di rumah bagi menangani oenyakit ini memandangkan isu covid ini terjadi.terima kasih!

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal dan kering yang anda alami ini boleh disebabkan:
- penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.