
Sulit
5 tahun
Kegatalan pada bahagian celah paha dan alat sulit
saya wanita berumur 29tahun yg telah berkahwin dan mempunyai 2 org ank…setelah melahirkan saya mengalami kegataln yg teruk terutam dibahagian alat sulit,paha dan pinggul…saya pernah berjumpa doktor dan telah mngunakan mcm2 ubat…tpi masih belum sembuh…klau time sebelom period gatal itu mnjadi2…bila sy garu lma2 kulit sy bertukar mnjadi hitam…boleh tolong sya…sy nk thu ape punca sbnarnya jdi mcmni…sdangkn sy sllu bersihkn badan dan krap mandi…sy juga kerap mnukar cadar dan mncuci pkaian dlm sy mnggunakn air pnas dan dettol atas saranan doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kulit seperti ekzema
- Jangkitan kulit seperti kurap atau panau
- Alahan pada sabun atau ejen pembersihan pakaian
- Autoimmune progesterone dermatitis (Penyakit yang jarang berlaku akibat alahan pada hormon progesterone yang meningkat sebelum haid)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.