
Anonymous
5 tahun
Kegatalan pada bahagian kaki
saya wanita dalam usia 20 an dan mengalami kegatalan pada bhgian kaki dan siku…pnyakit ini bermula sejak tahun 2017 dan saya telah banyak berjumpa dr utk mendapatkan rwatan dan ia tetap sama…apakah penyakit yg sya alami dan bgaimana cara utk sya cegah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan yang kronik boleh disebabkan oleh banyak punca, antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis
- Alahan dermatitis dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.