
agathachai221
5 tahun
Kegatalan pada bahagian vagina
saya wanita berumur 38 tahun dan mempunyai 3 orang anak. saya ada masalah kegatalan pada bahagian vagina saya. dah banyak krim yang saya cuba tetapi tidak berkesan. kadang2 terpaksa mengaru kerana gatal dan memakai pantyliner setiap hari sebab keputihan yang banyak. tetapi keputihan saya berwarna biasa dan tidak berbau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kegatalan pada bahagian faraj berserta dengan cecair yang keluar boleh menandakan banyak perkara. Salah satunya adalah jangkitan kulat. Namun, terdapat juga beberapa perkara lain yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku seperti penyakit Bacterial vaginosis. Kedua-dua jangkitan kulat dan Bacterial vaginosis boleh berlaku disebabkan oleh telalu kerap membersihkan faraj atau dikenali sebagai (Vaginal douching).
Penggunaan ubat-ubatan seperti antibiotik yang berlebihan juga akan mengganggu keseimbangan bakteria di dalam faraj kerana sesetengah bakteria-bakteria yang menghasilkan berada di dalam faraj tersebut akan mati dan penghasilan cecair yang mengekalkan asiditi di dalam faraj akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan keadaan di dalam faraj menjadi sesuai untuk organisma-organisma lain seperti Trichomonas vaginalis untuk berjangkit.
Seseorang yang mempunyai sistem pertahanan atau imuniti tubuh yang lemah seperti mereka-mereka yang menghadapi kencing manis, menjalani terapi kortikosteroid, AIDS, kanser, sedang mengandung dan lain-lain turut mempunyai risiko untuk mendapati jangkitan badan dengan mudah. Kandidiasis atau apa yang dikenali sebagai kulat merupakan salah satu jangkitan yang mudah didapati oleh golongan ini.
Sebelum sebarang rawatan diberikan, pemeriksaan perubatan yang terperinci haruslah dilakukan untuk memastikan diagnosis yang betul dapat dicapai dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih