
Anonymous
5 tahun
Kegatalan pada bhgian sulit
selmat malam.sy nk tnya pasal maslh suami sy,dia berumo 30.dkt bhgian buah zakar dia tu sllu sgt jdi kulit kering dan gtal2 melampau,smpai dia garu2 tu smpai jdi luka…disbbkn bnda mcm tu dia jdi kurang selsa.bkn stkt tu je,kulit kering tu ade jgk dkt dlm cuping telinga,bhgian jggut dan kpla.apa yg sy thu bnda nie trjdi pda dia slpas perkhwinan pertma dia dulu.btul ke tu disbbkn drah kotor ataupn disbbkn bnda lain,…trma ksih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti status sunat, hubungan seksual, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, kulit kepala zakar menggelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Dermatitis seborrheic - sejenis keradangan bahagian kulit berambut
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Balanitis candidiasis keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.