Sulit

3 tahun

Kegatalan pada kemaluan dan jerawat

Hello doktor, saya nak tanya, saya seorang pemuda berusia 23 tahun. Saya mengalami masalah kegatalan pada kemaluan saya. Pada mulanya keadaannya menjadi kering dan bersisik. Kadang-kadang ia menggelupas apabila saya tidak tahan dengan gatal tersebut. Saya perasan kegatalan ini muncul selepas saya menggunakan shampoo yang saya baru beli. Lebih kurang 3 minggu saya mengalami masalah ini. Saya tidak melakukan pemeriksaan kepada doktor dan cuma mengharapkan ia baik sendiri dan berhenti dari menggunakan shampoo tersebut. Pada masa sekarang keadaan kegatalan tersebut sudah semakin kurang dan terdapat seperti bulatan di bawah berhampiran (penule). Adakah ianya sifilis? Kerana ia tidak berbentuk seperti ulcer cuma tompok. Selain itu, saya juga mendapati muncul bintik merah di bahagian bulu kemaluan bukan di zakar tapi di bahagian atas. Saya juga baru lepas bersyukur tidak lama dari itu. Adakah perkara ini berbahaya? Adakah saya terdedah dengan risiko STD/STi atau HIV? apakah ubat yang perlu ambil dan apa yang perlu saya lakukan?

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kegatalan di bahagian kemaluan, antaranya ialah:

  • Dermatits, sejenis alahan disebabkan sabun, wangian ataupun kain. Dermatitis juga boleh menyebabkan kulit kering dan benjolan kecil
  • Kudis buta (scabies) ialah penyakit yang disebabkan kutu dan menyebabkan kegatalan yang teruk
  • Herpes ialah penyakit jangkitan kelamin yang boleh dapat melalui hubungan seks dan menyebabkan gatal dan benjolan yang menyakitkan dan mengandungi cecair
  • Candidiasis ialah jangkitan kulat yang menyebabkan kegatalan dan pengeluaran cecair putih
  • Ketuat (genital warts) merupakan penyakit jangkitan kelamin juga dan berbentuk seperti kubis bunga

Anda boleh mengurangkan rasa kegatalan dengan:

  • memakai pakaian yang longgar
  • sentiasa mengeringkan bahagian kemaluan selepas mandi atau basuh
  • menggunakan sabun yang sensitif pada kulit
  • memakai kondom jika melakukan hubungan seks

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

AdobeStock_98323105

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)