
sazura.saad
5 tahun
Kegatalan pada kulit
Saya wanita berusia 40an.Saya mengalami kegatalan kulit sejak 3 tahun lepas. Kebiasaannya ia terasa panas dan pedih beserta gatal di merata kulit. Buat masa ini saya mengambil ubat cetirizin stada 10mg. Tetapi kegatalan tetap juga berulang jika saya berhenti mengambil ubat tersebut. Boleh doktor jelaskan apa sebenarnya dengan penyakit saya ini?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kulit gatal boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Jika cetrizin tidak berfungsi, anda perlu mendapatkan nasihat doktor supaya ujian untuk mengenalpasti punca kegatalan dapat dibuat.
Sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!