Sulit
3 tahun
Kegatalan pada vagina dan haid
salam doc . sy ad msala kegatalan pd vagiba . sy nak tanya . adakah ubat antifungal untuk vagina boleh digunakan ketika haid ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kulat
Gatal-gatal di bahagian vulva
Pruritis vulvae
Iritasi kulit yang boleh disebabkan oleh sabun yang wangi, losyen, minyak wangi, serbuk pencuci produk feminin , pakaian ketat seperti seluar jeans,seluar nilon yang ketat, serat sintetik
Keadaan kulit
- Psoriasis
- Ekzema
- Lichen simplex chronicus
Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI
Kudis buta
Jangkitan kutu di bahagian kemaluan(‘pubic lice’
Diabetes/ kencing manis
Menopaus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.