
Sulit
4 tahun
Kegatalan pada Vagina yang sangat teruk dan menyebabkan ada bintik2 sekitar miss V saya
Saya ialah wanita yang berumur 24 tahun, saya mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 4 Tahun sekarang dan pernah berumahtangga tetapi sekarang sudah berpisah…saya bersama suami saya itu selama 5 tahun, sebelum saya berpisah dengan suami saya itu, saya mempunyai simptom kegatalan pada vadina yang sangat teruk, sebab saya pernah guna pencuci wanita yang tidak sesuai dengan kulit saya,tambahan pula saya waktu itu bekerja di kedai kopi,dengan saya pernah terkena alergik peluh yang sangat teruk,menyebabkan saya mengaru kemaluan saya dengan teruk selepas selesai mandi pulang kerja…saya fikir itu biasa sahaja tetapi sekarang saya baru perasan kegatalan itu boleh terlalu gatal sampai menyebabkan dekat sekitar vagina saya ada bintik2 sehingga saya mengaru sampai boleh berdarah dan boleh juga bernanah…kadang2 saya punya keputihan juga boleh berbau tapi tidak sangat bau…saya pun tidak tahu macam mana saya mahu sebut tentang kebauan keputihan yang saya alami sekarang…tolong saya, sebab saya sudah rasa mahu putus asa,… Tolong…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada kemaluan. untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan suami anda yang perlu ditanyakan.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.