
Anonymous
5 tahun
Kegatalan sekitar vagina
sy berumur 26 tahun… bulan4 tahun 2018 sy mengandung 7 bulan… baru pindah rumah, rumah yg sy baru duduk panas buatkan sy berpeluh… sekitar celah paha sy berpeluh dan mengalamj kegatalan sehingga sekarang anak sy dah hampir umur 1 tahun… pernah buat papsmear nurse cuma bagi ubat antibiotik katanya jangkitan kulat… ya memang sy ade masalah keputihan selepas mengandung… tp masalahnye kegatalan ni macam timbul… agak2 ubat apa yg sesuai untuk hilangkan gatal ni? gatal sangat2

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.