
Sulit
3 tahun
Keguguran 5minggu dan ovulasi sebelum haid
Saya berumur 30 tahun dan telah ttc sejak 5 tahun. Selepas membuat surgery ovarian drilling untuk merawat PCOS, saya berjaya hamil. Malangnya, ianya gugur pada minggu ke-5. Saya baru sahaja habis tempoh pendarahan day-8, dan tergerak hati untuk cek UPT (tiada lagi garisan hcg), OPK (terdapat garisan kedua, seperti bakal ovulasi).
Soalan saya sekarang, mungkinkah saya bakal mengalami ovulasi walaupun belum datang haid? Dan apakah pendapat Dr. kalau saya cuba untuk hamil dalam masa terdekat ni? Apakah peluang saya untuk berjaya? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pesakit PCOS memang sukar untuk hamil sebab haid dan ovulasi yang tidak teratur. Risiko masalah keguguran juga lebih tinggi untuk PCOS. Selain itu, Jadual masa haid dan ovulasi pesakit PCOS amat sukar untuk dianggarkan, ia boleh terjadi bila-bila masa saja.
Walaupun begitu, ovulasi biasanya terjadi dalam 14 hari sebelum dan selepas datang haid, serta keputusan OPK akan jadi positif dalam jangka masa 3 hari sebelum dan selepas ovulasi ini. Pasangan yang ingin dapatkan anak boleh cuba berhubung sama dalam jangka masa ini.
Tambahan pula, biasanya wanita tergugur digalakkan untuk rehat sepanjang 3 bulan untuk penyembuhan dan persediaan rahim sebelum cuba hamil lagi.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).