
Sulit
3 tahun
Keguguran 6week priod 3hari sahaja
Saya keguguran 6week pada 19.4.21 kemudian 9.5.21 ada keluar darah. Tapi 3hari sahaja. Masuk hari 3 tu memang dh habis. Adakah tu priod???

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid akan berlaku dalam sekitar 4-6 minggu selepas keguguran. Hal ini berbeza bagi setiap individu kerana tahap hormon hCG yang berbeza ketika hamil dan memerlukan masa untuk berkurang. Kemungkinan haid pertama anda selepas keguguran akan menjadi lebih sakit atau lebih banyak dan anda akan mempunyai bau yang kuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!