
Sulit
4 tahun
Keguguran awal kandungan usia 2-3 weeks
Usia kndungan 2-3mggu. Drh nifas sudah kering. Perlu ke sy berpantang dr bersama suami buat masa skrg?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Secara umum, anda sudah boleh bersama dengan pasangan setelah 2 minggu keguguran dan setelah darah nifas kering. Namun terdapat sesetengah pihak yang dinasihatkam untuk berpantang dari segi melakukan seks dengan lebih lama bergantung kepada punca keguguran dan tahap kesihatan semasa. Oleh itu, anda digalakkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang mengetahui masalah keguguran anda.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
- Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
- Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
- Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
- Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
- Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
- Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)
- Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
- Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Jika anda ingin bertanya lagi tentang soalan ini kepada kami, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.