
Sulit
4 tahun
Keguguran dan datang haid serentak
Ada tak keguguran dengan haid serentak…contoh nya tengah hamil,tapi keguguran…dan pada masa yang sama mengalami haid…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, keguguran dan haid tidak boleh berlaku dengan serentak. Disebabkan peningkatan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) waktu hamil ia menghalang daripada anda mengalami haid, namun pendarahan kecil boleh berlaku di awal kehamilan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.