Sulit
2 tahun
Keguguran dan mengandung masa akan dtg
Dr saya nk tnya, sy pernah beli ubat gugur untuk gugurkan kadungan 3-4bulan … selepas itu uzur sy masa biasa perut semua dalam keadaan ok … adakah sekarang saya masih boleh mengandung ke ??
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda ingin mengetahui tentang potensi untuk anda mengandung. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, seorang wanita boleh mengandung apabila berlakunya persenyawaan daripada sel telur (dari ovari wanita) dan sperma (dari air mani lelaki) apabila berhubungan seksual.
Terdapat beberapa faktor kehamilan seperti:
- pengiraan kitaran haid
- menganggar tarikh subur/ovulasi
- gaya hidup sihat
Berkenaan dengan ubat gugur, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Di Malaysia, pengguguran kandungan tidak dibenarkan untuk dilakukan sewenang-wenangnya.
Hal ini juga bagi mengelak sebarang kesan sampingan serius yang boleh berlaku selepas mengambil ubat tersebut seperti:
- Kekejangan
- Pendarahan yang banyak
- Jangkitan kuman
- Saki baki kandungan yang digugur masih tertinggal di dalam rahim berpotensi untuk menyebabkan jangkitan kuman atau “septic abortion” dan ini boleh mengancam nyawa.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik disini untuk bercakap dengan Pakar Kehamilan.