
Anonymous
5 tahun
Keguguran kehamilan 5 minggu
saya berumur 32 tahun.Hamil anak ke 3.bleeding sms 5 minggu.telah buat ultrascan tetapi baby x nmpk.setelah doctor bersihkan tisu dan tarik sesuatu di faraj bila di scan semula rahim telah kosong.sekarang hari ke4 setelah bleeding, darah telah hampir kering. perut x ada rs sakit cme rasa mcm penuh air.adakah normal doc?berapakah hari darah keguran akan kering?apa yg perlu saya buat doc?
esok baru doc nak amik darah utk tahu beta HCG jika kandungan luar rahim.
apakah tanda2 kandungan luar rahim?Saya tidak pening dan sakit bahu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menjawab persoalan puan, darah keguguran biasanya mirip haid namun perdarahannya lebih berat selama 3-4 hari dan akhirnya menjadi spotting. Perdarahan keguguran dapat berlangsung selama hampir 2 minggu.
Untuk pengetahuan puan, tanda-tanda kandungan luar rahim adalah mirip dengan kehamilan biasa. Oleh itu, selain pemeriksaan darah, pemeriksaan kehamilan dengan UPT juga dapat mendeteksi kandungan hCG dalam air kencing.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Joshua Reddekopp