Sulit
3 tahun
Keguguran minggu ke empat
Hi doctor…wife saya pregnant 4weeks …tapi Ada pendarahan dan keluar seketul darah sebesar buah limau…apabila buat scan dan mendapati hanya tinggal kantung kosong…adakah bahaya Jika biarkan kantung kosong itu didalam rahim
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara am, jika terdapat tisu kehamilan yang masih berada dalam rahim seperti plasenta, pendarahan dan jangkitan kuman boleh berlaku.
Kebanyakkan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan. Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.