
Sulit
4 tahun
Keguguran namun urin masih positif
Dr, sy baru keguguran dan menjalani d&c pada 3/10 dan pendarahan hanya berlaku sekitar 5 hari. Minggu seterusnya keluar darah berwarna coklat sahaja sedikit2. Sy ada bersama suami tapi suami ejakulasi di luar. Pada 29/10 keluar darah coklat lagi seperti flek. Dan pada 31/10 sy cek upt adalah +. Adakah saya hamil Dr?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kemungkinan iaitu hormon yang dihasilkan ketika hamil dikenali sebagai hormon hCG (human Chorinic Gonadotrophin) masih dikesan pada ujian kehamilan dan memberikan keputusan yang positif. Hormon hCG akan berkurang selepas keguguran dan kadar hormon hCG bergantung pada berapa lama anda hamil. Jika anda keguguran pada awal kehamilan, kadar hCG akan menjadi kosong selepas beberapa hari.
Tidak mustahil untuk hamil selepas keguguran, jika anda mengalami ovulasi semasa melakukan hubungan seks dengan suami, anda boleh hamil semula. Seorang wanita boleh menjadi hamil jika beliau mengalami ovulasi seawal 2 minggu selepas keguguran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.