
Sulit
5 tahun
Keguguran pada awal kehamilan
Hello doc selamat mlm… sy wanita berusia 29 tahun dan bru berkhwin 8 bln… pada bulan lepas kitaran haid sy adlah pada 10.8.19…tpi sy lewat haid selama 2 minggu…apabila haid sy dtng ianya tidak seperti biasa … mla2 keadan haid sy berwrna pink cair lama kelamaan wrna haid sy merah pekat disertakan cramp perut yg luar biasa dan terdapat gumpalan darah keluar… doc adakah sy hamil dn mengalami kegguran???adakah sy patut ke hospital untuk membersihkan rahim???sekiranya berlaku kegguran awal hamil tanpa sedar dn rahim tidak dibersihkan adakah ianya memberikan kesan pada hari lain???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gumpalan atau ketulan darah boleh keluar bersama darah haid dan ianya adalah normal. Cramp perut atau senggugut juga adalah perkara biasa yang berlaku kepada kebanyakan wanita ketika haid. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lebih lanjut daripada anda untuk menjawab soalan tentang kemungkinan keguguran tersebut. Sekiranya darah telah berhenti, anda tidak perlu risau. Namun sila rujuk kepada doktor sekiranya terdapat pendarahan berpanjangan atau gejala lain yang tidak normal. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.