
Sulit
3 tahun
Keguguran pada usia 5 minggu
Saya nak tanya… Macam mana nak tahu saya dah betul keguguran… Saya hamil 5 minggu dan saya makan ubat gugur… Saya mengalami pendarahan selama hampir 2 minggu… Dan saya test kehamilan guna UPT dan result masih positif… Adakan saya masih hamil lagi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan yang dihadapi aitu untuk mendapatkan pengesahan sama ada sudah keguguran atau tidak.
Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan akan memberikan keputusan yang positif kerana hormon di dalam badan anda masih lagi serupa seperti orang yang hamil. Namun untuk kepastian disarankan untuk melakukan ujian pemeriksaan kehamilan di klinik atau hospital berdekatan.
Berkenaan isu pendarahan yang berlaku selama 2 minggu, ia merupakan perkara yang perlu diberi perhatian kerana keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.