
Sulit
4 tahun
Keguguran Rambut yang mendadak
Selamat sejahtera, ayah saya berumur 58 tahun, selama saya membesar dari kecil saya perasan ayah saya alami keguguran rambut dan rambut semakin menipis terutamanya dibahagian tengah kepala, saya dapat rasakan yang dia berasa insecure baru-baru ini, saya sangat sangat nak tolong ayah saya kembali confident. Adakah kacang hitam bagus untuk merawat and tumbuh kembali rambutnya, kalau iya, dengan memakannya atau menjadikan dia sebagai paste dan letak di kepala ? Atau jika ada tips yang boleh doc share

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor keturunan
- Kemoterapi
- Trauma pada kepala di bahagian rambut
- Kekurangan protein
- Pengambilan steroid
- Pengambilan ubat-ubatan seperti Methotrexate
- Penuaan
Mengenai kacang hitam, tiada kajian yang dapat menyokong kesahihannya. Oleh itu, pihak kami tidak dapat memberikan kesimpulan mengenainya samada ia benar berkesan atau tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengatasi keguguran rambut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan supplement bagi mengurangi gejala rambut anda segera !