
Sulit
3 tahun
Keguguran rambut yang sangat teruk setelah mengambil suntikan vaksin covid19.saya telah mencuba berbagai jenis syampu.masih tiada penyelesaian
Saya wanita hujung 30an.saya mengalami keguguran rambut yang teruk selepas mengambill vaksin covid19.saya telah mencuba berbagai jenis syampu.akah yang patut saya buat?saya sangat takut sekiranye sy botak

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai rambut anda yang semakin gugur. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan WHO, efek samping vaksin adalah:
- Demam
- Kelelaham
- Sakit kepala
- Sakit otot
- cirit-birit
- Sakit di kawasan tempat cucuk
Untuk makluman anda, terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Antaranya adalah:
- Tekanan fizikal
- Kekurangan protein
- Keturunan
- Kemoterapi
- Sinfrom Ovarian Policystic (PCOS)
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini